Tuesday, December 8, 2009

My sweet sister and little brother


Kakak dan adikku semasa di Kemaman. Ini kat belakang asrama kak diana. Time tu nak ambil kak diana untuk ke kenduri perkahwinan kak chik adibah.

Thursday, December 3, 2009

18 Disember 2009: Kertas BM 1 dan BM 2

Hari pertama menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada 18 Disember 2009. Kertas BM 1 dan Kertas BM 2. Perasaan gementar sesekali terasa juga meskipun aku sudah membuat persediaan secukupnya untuk menduduki Kertas BM. Jam 4.30 petang aku keluar dari dewan peperiksaan dengan senang hati. Lepas sudah satu mata pelajaran.

Sehari Sebelum SPM

Malam tersebut aku memang tidak boleh tidor langsung walaupun mengantuk. Aku tetap mentelaah meskipun sudah jauh malam. Jam aku tengok sudah menunjukkan ke angka dua pagi. Aku bernasib baik kerana Syafiq dan Hanief menjadi teman setia aku. Dua adik aku tu bermain games untuk temankan aku membaca. Terima kasih adik-adikku.

Wednesday, December 2, 2009

Seminggu Menjelang SPM

Alhamdulillah semua mata pelajaran telah diulangkaji. Lega sedikit rasa hati. Sudah dua hari aku tidak ke sekolah semata-mata untuk menghabiskan mentelaah. Hari itu tergerak hati untuk ke sekolah. Bila tiba ke sekolah dua orang sahabat baik aku masih lagi tak muncul. Aiman dan Honey masih lagi tekun mentelaah di rumah rupanya. Sepanjang hari itu aku menghabiskan masa mengulangkaji seorang diri di kelas 5A.